Nov 10, 2008

PAKEJ URUT SELEPAS BERSALIN YANG DISEDIAKAN.

1.PAKEJ URUT 1
Urut seluruh badan dengan sengkak peranakkan ( menaikkan rahim ) + Bengkung + Mandi Baby - 3 hari RM 160.00

2.PAKEJ URUT 2
Bertungku + Urut seluruh badan ( sengkak peranakkan ) + Bengkung + Mandi baby - 3 hari RM 200.00

3.PAKEJ URUT 3
Bertungku + Urut + Mandi herba + Bengkung + Mandi Baby - 3 hari RM 250.00

4.PAKEJ URUT 4
Bertungku + Urut + mandi herba + Bengkung + Bertangkas ( sauna ) + Mandi Baby - 3 hari RM 300.00

AMALAN PANTANG MASYARAKAT MELAYU

Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari.Malah ada juga yang berpantang sehingga 60 ke 100 hari.

Dalam tempoh berpantang ini,ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang untuk memastikan ibu-ibu sihat seperti sedia kala.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara.Diantaranya :-

1.Bertungku
Amalan penting untuk menghangatkan badan,membuang angin,mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin serta melancarkan perjalanan darah.

2.Berurut
Bertujuan untuk kesegaran badan,melancarkan peredaran darah,membuang angin,membetulkan urat,mengemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

3.Mandi Herba
Mengeluarkan angin didalam badan,menghaluskan kulit dan awet muda.

4.Bertangkas
Supaya luka dan jahitan cepat sembuh,bahagian sulit cepat kering dan ketat,mengecutkan rahim serta otot yang kembang.

5.Memakai bengkung
Mengurangkan rasa sakit diperut,mempercepatkan pengeluaran darah kotor,mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Memperolehi badan yang sihat seperti sediakala,menjadi keinginan setiap ibu selepas selamat melahirkan.
Cara yang terbaik adalah dengan mengamalkan pantang iaitu dari segi tingkah laku,makan dan minum serta mengamalkan rawatan-rawatan tradisional mengikut amalan warisan pusaka.
Dan pastikan juga anda mendapat khimat bidan atau tukang urut yang berpengalaman dalam urusan berpantang ini.